Ulangtahun Kiub Rubik Yang ke-40.


Assalamualaikum semua. Siapa yang buka Encik Google hari ni mesti dah tahu hari ni hari apa kan kan kan? Hihihi. Ok macam tajuk dekat atas tu, hari ni genap 40 tahun usia kiub rubik ni. Jom tengok sejarah dia.

Asal-usul
Kiub Rubik ialah sebuah mainan teka-teki mekanik yang dicipta pada tahun 1974 oleh Ernő Rubik, pengarca dan profesor senibina Hungary. Kiub plastik ini boleh didapati dalam empat versi: "Kuib Poket" (2×2×2) , Kiub Piawai (3×3×3), "Dendam Rubik" (4×4×4), dan "Kiub Profesor" (5×5×5). Sebuah syarikat yang lain sedang mencipta kiub-kiub sehingga peringkat 11×11×11 yang masih dapat dimainkan dengan pantas, berbanding dengan kiub-kiub Rubik yang tidak sesuai untuk dimainkan selain daripada peringkat 3×3×3 kerana mudah pecah, sebagaimana yang dinasihati oleh syarikat asli.
Versi 3×3×3 yang merupakan versi yang dirujuk dengan istilah "Kiub Rubik" mempunyai 27 unit kuib dan sembilan buah segi empat sama pada setiap sisi untuk memberikan 54 buah segi empat sama pada keseluruhannya kepada enam sisinya. Biasanya, permukaan kiub dilitupi oleh pelekat dalam enam warna tunggal, dengan satu warna tunggal pada setiap sisi kiub. Apabila teka-teki diselesaikan, setiap sisi kiub mempunyai satu warna tunggal.
Versi 3×3×3 yang asal meraikan hari ulang tahun ke-25nya pada tahun 2005 dengan sebuah kiub edisi khas dalam kotak peragaan. Ia menonjolkan sekeping pelekat logo "Kiub Rubik 1980-2005" di pusat sisi yang putih (yang digantikan dengan permukaan reflektif), dan tidak memberikan buku penyelesaian 1976. Pada asalnya digelar "Kiub Magik" oleh perekanya, kiub ini dinamai semula sebagai "Kiub Rubik" pada tahun 1980 dan disebarkan ke seluruh dunia pada Mei tahun yang sama. Kiub tersebut memenangi anugerah khas Spiel des Jahres untuk Teka-teki Terbaik dan dikatakan merupakan mainan terlaris di dunia, dengan sekitar 250 juta buah Kiub Rubik dan kiub-kiub tiruan dijual di seluruh dunia.

Sejarah
Kiub Magik direka pada tahun 1974 oleh Ernő Rubik, seorang pengarca dan profesor senibina anak Hungary yang berminat akan bidang geometri serta bentuk tiga dimensi. Ernő memperoleh paten Hungary, HU170062, untuk kiub tersebut pada tahun 1975, tetapi tidak memohon sebarang paten antarbangsa. Kelompok-kelompok ujian kiub pertama dikeluarkan pada lewat 1977 untuk dijual di kedai-kedai mainan Budapest .
Kiub ini menjadi semakin popular di seluruh Hungary melalui komunikasi percakapan. Pada bulan September 1979, persefahaman dicapai oleh syarikat Ideal Toys untuk mengeluarkan Kiub Magik pada peringkat antarabangsa. Kiub ini menarik banyak perhatian dalam pameran-pameran mainan di London, New York, Nuremberg, dan Paris pada awal 1980.
Penjualan di kedai-kedai mainan Barat dihentikan sebentar supaya reka bentuknya dapat dikeluarkan menepati piawai keselamatan dan spesifikasi pembungkusan barat. Versi kiub yang lebih ringan dicipta, dan syarikat Ideal Toys memutuskan untuk menamainya semula. Nama-nama berpotensi seperti "Simpul Gordium" dan "Emas Inca" dipertimbangkan tetapi akhirnya, syarikat tersebut memutuskan nama "Kiub Rubik", dan kelompok pertama dieksport dari Hungary pada Mei 1980.
Mengambil kesempatan atas kekurangan Kiub Rubik di pasaran, banyak barangan tiruan yang murah beleluasa. Pada tahun 1984, Ideal kalah dalam tuntutan mahkahmahnya terhadap apa yang dikatakan pelanggaran paten oleh Larry Nichols yang memiliki paten US3655201. Terutoshi Ishigi memperoleh paten Jepun, JP55‒8192, untuk mekanisme yang hampir serupa semasa paten Rubik sedang diproses, tetapi Ishigi secara umumnya diberikan penghargaan untuk rekaan semula yang tersendiri.

Jenis-jenis kiub rubik

Kelainan-kelainan Kiub Rubik (dari kiri ke kanan: Dendam Rubik, Kiub Rubik, Kiub Profesor, & Kiub Poket)


Ok itu sahaja fakta yang dapat dikongsi bersama-sama. So, jom kita main kiub rubik ni dekat google tu. Main online dekat SINI.



No comments: